Saturday, July 21, 2007

Mari bersajak...

+ Aku terdetik apabila seorang kawan berbincang mengenai sajak baru-baru ini. Okey, aku jump into conclusion: Pada aku, penyajak seharusnya bersifat rebellious. Memang la untuk menjadi poet, seseorang itu tak semestinya rebellious. Tapi the essence of poetry itself is actually derived from that. Which is dissatisfaction and critic overwhelmed within that area. It's somesort of a motivation, that drives the poet to make poetry (therefore commentary based on what they've felt towards something). And it's often reflected upon themself, which means the poet usually writes about themself, even when they've been citing names throughout their poetry. Apa tetiba aku membebel dalam english ni? Tak juga bermaksud untuk cakap sama ada seseorang itu layak ataupun tidak untuk bersajak, cuma pada aku... asas itu penting. Asas bukan yang dibuat-buat... atau bukan yang wannabe. Ia lahir dari dalam... jauh di sudut hati. Bukan sekadar pemerhatian dasar yang hanya berdasarkan apa yang terpandang oleh mata. Akan tetapi, kejiwaan malah penting untuk lebih ampuh dan mendalam. Asasnya sama. Sebagai contoh: Kalau nak melukis... paling tidak kena ada minat melihat lukisan. Kalau nak menulis, paling tidak kena suka membaca. Dan kalau nak bersajak, paling tidak kena suka berfikir dan memerhati sekeliling. Hmm... sorry-lah kalau ada sedikit preachy dalam tulisan aku ni. Tapi begitulah kiranya. Okey, walau apapun, pada aku sekarang ni kalau nak buat sajak kena quote nama-nama yang 'cool'. Baru nampak intelektual dan bertauliah. Contohnya seperti di bawah ni:

Aku diam, tunduk, tengok langit...
Yang macam Sigmund Freud cakap
Salvador Dali, aku mimpi semalam
Entah kenapa... Da Vinci menjengah

Castro teriak seram sejuk bersama Hitler
Puluh ribuan barisan batalion Mussolini...
Menghadap senapang revolusi Mao
Revolusi? Pak Ismail tukang sunat lagi radikal...

Bendalir Bernoulli melawan arus...
Bersama gelombang Graham Bell
Manakan dapat tanding Anselm Kiefer
...juga lorekkan kiub kotak Picasso?

Manakan sama si Marcel Duchamp
Hatta Yusoff Gajah pun begitu...
Bayu Utomo Radjikin, Van Gogh...
Takkan sama dengan Redza Piyadasa...

Erotik Utami, erotik Shahnon...
Bezanya pada teori, subjek agak sama
Salman Rushdie si pengembala biri-biri
Peragut rumput padang golf Paul Allen dan Bill Gates

Soren Kierkegaard dan Friedrich Nietzche
Aristotle dan Sartre
Tolstoy dan Plato
Albert Einstein mengira uban di rambut.



+ End note: Haha!

2 comments:

Anonymous said...

hahaha..cool!

salah satu sajak paling poser pernah gua baca. tapi aku nak tambah sikit, bukan setakat membaca untuk menambah prosa kata tapi jugak (hanya pendapat) memahami rhyme/busta rhyme dan semiotik kata. or subtext kata/perkataan. baru stim baca sajak..
razman

Zach Van Alley said...

Hehe.

Poser tak poser, janji gua dah 'meludah' ke arah penyair/penyajak wannabe quote 'nama-nama cool' bagi mempamerkan diri supaya nampak cool dan intelektual.

Kadang-kadang tak ada kena mengena pun nama-nama tersebut tiba-tiba di-quote.

Manusia... macam-macam.