Thursday, July 5, 2007

Mengkarate Nasi Minyak!

Menurut kawan aku Kid (Mass Separation, Kah Roe Shi, Propamedia & sebagainya), Bob Karatekore (kawan aku jugak) nak kahwin hari Sabtu ni bersamaan dengan 07 Julai 2007. Bermakna Bob kahwin tarikh 'Mark of the Angel' (777), bukan 'Mark of the Beast' (666). Yang penting dia kahwin. Tapi bijak jugak dia pilih tarikh.

Teringat pulak aku kat 'seseorang' yang beritahu aku bahawa dia nak kahwin tarikh 777 ni. Kemudian aku cakap kat dia, "kalau u tak dapat kahwin tarikh tu, u bunuh diri je". Terasa kejam la pulak bila aku bertindak balas sedemikian. Tapi kalau dalam surat khabar bertarikh 08 Julai 2007 ada tulis pasal 'seseorang' bunuh diri pada hari semalamnya, hmm... aku rasa berkemungkinan besar itu adalah dia... dan dia memang ambil serius kata-kata aku.

Apa-apapun, tahniah buat Encik Suhaizan aka Bob Karate alias Bob Jambu. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

+ Lepas ni kalau ada orang menyatakan hasrat nak kahwin tarikh 08 Ogos 2008 (888), err... aku rasa korang dah tahu apa yang bakal aku ucapkan. Sekian terima kasih.


Foto: Sekadar gambar hiasan.

2 comments:

talibxjoe said...

aku plak berangan nak kawen masa besday aku yg ke 25 iaitu...
09-09-09
hehehe...aku tgh cuba kumpul duet nih...
ahaha....
xjadi kawen...
tunang pun xper...
if x pun...
'kawen' pun jadi la...
aha...

Zach Van Alley said...

Hahaha. Macam haram. 'Kawen' ye? 999 tu menarik. Apa kata kau jadik polis lepas tu leh kumpul duit dengan 'duit terpijak' (haha), kemudian tiba masa kau kahwin la.

999 = kau polis + tarikh lahir kau ke 25. Menarik. Hahaha.

Sebelum kau tanya aku, baik aku jawab dulu bila aku nak kahwin. Aku akan kahwin pada tarikh yang aku rasa nak kahwin la. Hahaha.