Tuesday, November 17, 2009

Gnaw the earthen grave of the iron man.


+ Slow down, you're moving too fast.

Click here for more info. \m/

Tuesday, November 10, 2009

say hello to war.



Ini sangat memberangsangkan!

+ For more info: revulsionrecords.blogspot.com



* Aku akan bawa barang-barang seperti di atas ini semasa gig nanti kalau aku rasa nak bawa. Sekian terima kasih,


+ Update on November 12th, 2009: WE'RE NOT PLAYING THIS GIG DUE TO SOME PROBLEMS OCCURRED. PERHAPS NEXT TIME WHEN TIME & CONDITION PERMITS. WE WOULD LIKE TO APOLOGIZE FOR ANY INCONVENIENCE CAUSED. THANK YOU.

++ Matters have been explained to the organizer. However as a friend (aka partner in crime), I (yours truly) will still attend the gig personally to support the cause.

Friday, November 6, 2009

seize the dragon that flies...

video

Bila aku tengok klip video ni, aku rasa rindu kampung halaman. Panjang umur, kita jumpa lagi. :)

+ Baca selanjutnya di sini. Thanks wifey. :*

Wednesday, November 4, 2009

perang yang jahat no. 3

Ilustrasi yang dijanjikan sudah siap pagi semalam kira-kira pukul 1:30 am. Aku agak berpuas hati dengan hasilnya. Dah lama aku tak buat lukisan yang teliti macam ni... err, bagi aku ni dah boleh dikira teliti la. Makan hari punya lukisan. Biasanya aku boleh siapkan satu-satu lukisan yang bersaiz macam ni dalam satu hari saja. Tapi yang ini makan masa 10 hari. Aku guna teknik stippling (atau pun pointillism) dengan menggunakan pen teknikal Unipin saiz 0.1 mm untuk pembayang dan tona. Aku juga ada beli saiz 0.8 mm, tapi tak guna pun. Untuk lakaran kasar aku guna pensel Staedtler lumograph graphite saiz 2B.

Aku guna pen teknikal dan pensel tu sebab aku selesa, tiada sebab lain. Banyak juga aku melukis dengan pen teknikal/pensel jenis ini. Namun selalunya aku lebih selesa guna pena mata bola (ball point pen lah!). Secara jujur aku beritahu di sini, peralatan sebenarnya tidak 100% menjanjikan hasil yang memuaskan; semuanya bergantung kepada kesungguhan dan kebolehan mengendali peralatan terbabit. Bakat? Itu perkara kedua, yang boleh dikatakan sebagai hasil janaan perkara utama tadi. Maksud aku, bakat boleh dijana dengan adanya minat. Minat adalah perkara utama. Lepas ada minat baru datang usaha. Usaha pula perlu berterusan. Bila dah berterusan, baru datang kebolehan. Kebolehan membuat mahupun kemampuan mencipta. Dalam usaha mesti ada kegagalan dan kesilapan. Itu lumrah. Cuba dan cuba lagi. Aku ada buat teori aku sendiri tentang bakat, seperti mana di bawah ini:

Minat + Usaha + Kebolehan/Kemampuan = Bakat.

Tak pasti pula kalau di luar sana dah ada manusia yang dah membuat teori atau pun kesimpulan macam ni. Kalau ada baguslah, kalau tiada... bagus juga. Takde efek apa-apa pun. Haha. Sesiapa tak setuju boleh buat aduan pada ketua kampung anda, dia mungkin boleh membantu. Dan... nanti sambung okey.

*pause 2 jam.

Hmm... okey sambung. Tadi kena angkat work students masuk stor di puncak atap sana. Penat sungguh...

Haiihhh... staff meeting pulak! Tunggu sekejap ye.

*pause 1 jam.

Okey, kali ni betul-betul punya sambung. Jadi yang di atas adalah ilustrasi lengkap selepas di tambah tona dan pembayang. Kat bawah ni pulak aku hitamkan latar belakang dan putihkan garis luar setiap imej dengan menggunakan Photoshop (efek cikai je), untuk tampak lebih kontras dan lebih ‘crusty’ katanya la. Hehe. Aku padam logo kumpulan ‘Christdriver’ dari baju manusia tengkorak ini atas sebab… aaa… sebab entah aku tak tau. Okey?




Kalau anda semua perasan artwork ni sebenarnya membawa pelbagai pengaruh dari segi susunan, gaya olahan, sejarah, dan muzik...

Pengaruh-pengaruh tersebut boleh dikategorikan seperti berikut:

• Susunan = Pieta oleh Michelangelo. Lebih kurang la kan?
• Gaya olahan = Pushead dan Justin Bartlett (okey, ini dia jawapan bagi persoalan entri terdahulu)
• Sejarah = Guy Fawkes (persamaan plot pengeboman); sempena tarikh hari ini 5 November ("Remember, remember the Fifth of November, The Gunpowder Treason and Plot..."). Ada tengok ‘V for Vendetta’? Haa… macam tu la.
• Muzik = Hellkrusher dan Mob 47. Tak percaya? Sila renung ilustrasi ini sambil dengar lagu dari kedua kumpulan tersebut. Ilustrasi kulit piring hitam 7 inci kedua-dua kumpulan ini juga mempengaruhi gaya lukisan aku. Tak percaya? Pergi google sendiri.

Okay, itu saja. Sebarang pertanyaan boleh tanya aku.

Bye.

Tuesday, November 3, 2009

perang yang jahat no.2


27 Oktober lalu
aku janji nak kemaskini perkembangan ilustrasi yang aku buat untuk seorang kawan. Aku juga berjanji mau siapkan dalam minggu lepas, sebelum bulan November... namun tidak berjaya. Maafkan aku. Nyata kesibukan aku menggagalkan niat murni aku itu. Tapi hari ni aku nak tunjuk hasil ilustrasi yang sudah siap 85%; bermakna tinggal lagi 15% nak siap. Mungkin akan siap esok mahupun lusa. Boleh percaya ke ni? Baju manusia tengkorak ini juga aku dah tukar jadi baju Christdriver supaya lebih cool dan bergaya.

Kalau anda semua perasan dalam ilustrasi ni aku masukkan pengaruh dua pelukis ilustrasi yang terkenal dan macam bagus. Kalau bijak, cuba teka siapa mereka? Kalau tak bijak, duduk diam-diam... tengok saja.

Oh, buat kawan aku harap bersabar menunggu ilustrasi ini ye?

Sekian terima kasih.

Thursday, October 29, 2009

You're a hipster, aren't you?

On a contaminated note, hipster is a unique being. On a sober note, hipster is a truly evaporating fad as far as I’m concern when looking at the dress code they’ve made-up, of which actually a mixed between something that’s considered cool back then; starting from things happened at as earliest as 1940’s ( and some of it would be earlier than that) up until today.

Not that I said I loathe their existence as much as I hate their ‘don’t care’ or a sort of ‘overtly postmodern’ (on the fence) idealism, but at some point the too striking colour combinations can be too much and odd to be matched with one another; that is what I’m actually concern and detest about so much. What a disaster they’ve brought along; it doesn’t mean and represent anything, seriously. I’d prefer wearing all black or all white everyday rather than pink for my pants, yellow for my shirt, fluorescent blue for my jacket and glittering silver for my sneakers. Oh, wait… how about bright coloured lensless rims? Platform sneakers? Bling bling on ‘emo’ outfit? 70's vibrant lariat necklace coming back onto surface? I see. So much with social outcast eh? Duh…

Apparently, there are many things that I’m not fond of about this culture, I truly mean it. Besides the things mentioned, how about the word ‘scenester’? It has been abused to describe this type of people, instead of what I knew back then describing those who are into extreme music and lifestyle such as punk, hardcore and even metal. Therefore this is getting pathetic to say the least…

To make it short; hipsters out there... buzz off!


+ Wah, marah benar ye aku. Kenapa kot? Takde la marah sangat sebenarnya. Baca sini dan sini untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih.

Tuesday, October 27, 2009

perang yang jahat

Lama dah tak melukis benda-benda berunsur 'punk'. Baru-baru ni kawan aku ada minta buatkan ilustrasi untuk kulit muka depan zine dia, jadi aku cadang nak bagi yang ini. Ilustrasi asal sebenarnya dah lama siap, tapi entah kenapa aku rasa tak berapa sesuai untuk kulit muka depan zine dia. Jadi, aku buat yang ini. Status ilustrasi ni masih lagi dalam proses pembikinan, maka dengan ini aku harap tuan empunya badan dapat bersabar. Aku akan kemaskini progres ilustrasi ni dari masa ke semasa. Dua imej di bawah adalah transformasi lakaran pensel ke olahan garisan menggunakan pen teknikal. Mungkin nanti akan diolah serba sedikit dengan photoshop bagi kemasan terakhir. Mungkin...


Lakaran pensel

Olahan pen teknikal


*Ya, aku tau bahasa Melayu aku agak kaku. Sekian terima kasih.