Thursday, September 25, 2008

Tanpa tajuk.


Ya, gambar di atas adalah kumpulan Banzai 606/B606 yang dahulunya dianggotai oleh Pat, Bujal, Kia dan aku. Di sebelah aku adalah wife aku, Leila yang ketika itu girlfriend. Gambar ini diambil pada tahun 2003, sebelum membuat persembahan di Actor Studio, Pulau Pinang. Tiada tujuan yang tepat kenapa gambar ini dipaparkan dalam entry kali ini, cuma mungkin teringat kisah dulu kala selepas Leila memasukkan gambar ini dalam facebook beliau. Kepada yang tak kenal akan B606 mungkin akan keliru tentang genre muzik yang kami mainkan, mana tidaknya... jika dilihat pada t-shirt Mass Separation yang Kia pakai, mungkin ramai yang menganggap B606 adalah band thrash/grind, namun bagaimana pula dengan aku yang memakai t-shirt Bongzilla? Tentu ramai sangka kami band sludge/stoner. Pat dengan t-shirt Meanwhile-nya, B606 band d-beat/crust mungkin? Bujal pula dengan t-shirt S.M. Salim, err... tak (hehe), dia pakai t-shirt B606. Perbezaan selera muzik yang ketara antara kami yang membuatkan B606 sebuah band yang pening, muzik pelbagai... dari pop klasik, hip hop hinggalah runut bunyi pemusnah tulang selangka. Tak percaya? Sila ke sini dan ke sini untuk maklumat lanjut. Atau download lagu B606 kat sini, owner blog In Noise We Crust yang letak. Jangan tanya aku siapa dia ni,
aku tak kenal; walaupun nama blog dia nak dekat sama dengan nama blog aku. Dan seperti yang aku cakap awal tadi, tiada tujuan yang tepat kenapa aku letak gambar ni... mungkin aku rindu kat diorang ni kot?


Siapa? Haha. Gambar di ambil sekitar tahun 2000, mungkin. Tak kenal Masskontroll? Klik di sini.

4 comments:

Syukree Hussain said...

ni gig yang aku organise tu ke?

Zach Van Alley said...

yer la. ni kat padang kota. makan pasembur berharga RM20.00 sepinggan. Hahah.

Siti Jenar AKA said...

mase nie, semua perut kempis kerr....

Zach Van Alley said...

Tak la kempis sangat. Tapi time ni lebih kempis dari sekarang la. Haha.