Wednesday, September 10, 2008

Pilihan.


Peringatan: Ini lebih terdorong kepada catatan peribadi.

Pilihan dalam bahasa Inggeris maksudnya choice. Choice diserikan dengan istilah selection yang memberi dimensi yang lebih luas dengan pilihan-pilihan yang pelbagai. Dalam hidup mesti kena membuat pilihan. Kalau dah terlajak membuat pilihan, masih adakah lagi ruang untuk berundur dan membuat pilihan yang lain? Benarkah pilihan yang lain itu lebih baik daripada pilihan yang sebelumnya? Bagaimana mungkin kita tahu setiap pilihan akan menemukan jawapan yang pasti atau setiap pilihan itu memungkinan cabang-cabang kemungkinan yang mutlak; seperti pilihan A membuah hasilkan A1, A2, A3… bagaimana jika A membuah hasilkan B, C, D dan seterusnya? B akan bercambah ke akar umbinya sendiri, C dan D juga begitu. Membawa haluan masing-masing.

Setiap pemilihan pastinya mempunyai proses komunikasi antara dua belah pihak, malah juga beberapa pihak; jika Dol (bukan nama sebenar) mahukan A, namun Samad (nama samaran) kepingin B, maka percanggahan pilihan pasti tidak membuahkan kesepakatan buat keduanya. Namun parah juga jika A tadi gadis cantik bernama Milah (nama contoh kajian kes) igauan setiap teruna menjadi kegilaan Dol dan Samad, makin tidak sepakatlah kedua mereka… dan mungkin juga dengan teruna-teruna yang lainnya.

Pilihan pasti menghasilkan percaturan, percaturan yang pastinya bukan 1 ditambah dengan 1 hasilnya 2. Dan bukannya juga seperti teori cernaan bijak pandai 2 ditambah dengan 2 hasilnya 5, sejuta ditambah dengan sejuta hasilnya berbilion-bilion, berkoyan-koyan. Dalam hukum alam, proses tambah tidak semestinya menghasilkan pertambahan jumlah... tak faham? Contoh mudah: 10 serangan scud ditambah 10 tangkisan patriot ataupun 10 lontaran napalm, apa hasil agaknya?

Hukum tambah dan tolak dalam fitrah alam bergantung pada positif mahupun negatifnya penambahan dan penolakan itu tadi. Jadi pilihan, tambah dan tolak tadi pasti membuahkan kemungkinan-kemungkinan misteri yang perlu ditempuhi melalui asakan pengalaman-pengalaman yang enak, kurang enak mahupun sebaliknya.

Faham? Aku tak suruh kau faham pun… kan aku dah cakap tadi yang ini lebih terdorong kepada catatan peribadi.

Apa? Oh bukan, rumahtangga aku masih aman.

Sekian terima kasih.

2 comments:

Siti Jenar AKA said...

:) rindu kamu!

Zach Van Alley said...

Saya juga. Apa khabar di sana? Moga sihat sejahtera.