Tuesday, June 26, 2007

Chris Benoit mati!

"Wrestling has consumed my life. Wrestling is my mistress. It's my passion. It defines who I am as a person." - Chris Benoit [video retrospektif karier WWE 2004]

Aku sepenuhnya (completely la tu...) terkejut apabila mendapat tahu berita yang satu ini: "Chris Benoit Bersama Ahli Keluarganya Ditemui Mati Dalam Rumah Mereka". Maunya tak terkejut. Sebab baru sekejap rasanya Eddie Guerrero (rakan baik Chris dan juga seorang ahli gusti WWE) yang terkenal dengan gelaran 'Latino Heat' meninggalkan kita pada 13 November 2005 lalu. Chris Benoit pada aku, semasa karier beliau sebagai ahli gusti memang sangat menguji kesabaran, adrenaline rush dan tak kurang juga kebencian sesiapa saja yang melihatnya. Mana tidaknya, taktik-taktik licik menipu dan gaya kerek oleh beliau memang aku cukup meluat la. Tapi yang pasti gaya cool dia yang aku rasa ada sedikit macam haram. Haha. Namun begitu, itulah karakter Chris semasa hayatnya bergelar ahli gusti profesional. Dia pun tak kurang juga dramatiknya, kalau tak percaya sila baca himpunan fakta dalam profile Wikipedia ini. Tragedi kematian Chris sekeluarga di Fayetteville, Georgia USA semalam, 25 Jun 2007 mengundang pelbagai spekulasi. Antara yang paling hebat diperdebatkan ialah Chris dikatakan membunuh isteri dan anaknya sebelum membunuh diri. Tragik! Walau bagaimanapun, misteri kematian Chris sekeluarga masih lagi dalam siasatan. Rest in peace, The Rabid Wolverine!

No comments: