hari ni, aku pos status kat facebook macam ni:
"mahu kembali berkarya dengan lebih serius. Di masa-masa dulu yang sia-sia... atau malas mungkin..."
itulah kenyataannya. aku rasa aku dah lama senyap. asyik ajar orang... last-last aku yang dormant. artworks baru? ada juga. tapi semuanya tasteless, soulless. aku rasa tak sampai tahap. tak sampai dengan apa yang aku cuba sampaikan. macam klimaks sekerat. pancut tak habis. tak sedap. tak puas. mungkin masa aku dah kurang. mungkin aku banyak buat benda-benda tak berfaedah. mungkin aku banyak fokus pada benda-benda lain. seni visual aku hancus ke mana. damn. ini semua pasal 5 artworks aku yang hilang tahun 2003 dulu. sekarang dah masuk tahun 2010. dah 7 tahun berlalu. aku rasa cukup-cukup la kenangkan barang yang dah lepas. takkan nak biarkan perkara lepas ganggu kepala otak aku ni, sampai takde mood memanjang nak buat karya baru? aku ada juga buat sketches, artworks kecik-kecik, conteng-conteng sana-sini... banyak juga idea yang aku dah visualkan dalam kepala otak tapi tak keluar sebagai visual... namun keluar sebagai penulisan; sajak (konon) dan monolog (konon). tak kurang jugak dalam bentuk aural... bunyi-bunyian. banyak artworks yang aku buat lepas kejadian 7 tahun lepas tu rata-rata sebenarnya tak siap. tak kira la orang kata siap ke tak ke... aku tetap kata tak siap. macam aku kata tadi... klimaks sekerat. pancut tak habis. tak sedap. tak puas. aku ada banyak kanvas kosong dan papan lapis kosong. yang dah siap dengan prime dengan emulsion putih lagi. tapi... aku tak siapkan jugak. kat studio aku ada satu box board yang aku lekatkan kat dinding. ada lukisan mixed media yang 30% siap. siap? mana siap! tak siap lagi la! dah dekat 5 bulan aku biarkan macam tu je. tiap kali students aku masuk mahupun keluar mesti ada je yang berhenti dan kemudian belek, sentuh, gosok-gosok permukaan artwork tu. dalam seminggu mesti ada je yang tanya, "ni dah siap ke sir?". "kenapa?", aku tanya cara malas-malas. "menarik...", dia jawab. "hah, ye la tu!", balas aku sambil blushing sikit. aku pun tak tahu nak jawab macam mana. kekadang aku berhenti kejap depan artwork yang boleh tahan besar tu, aku touch up mana yang patut... tak sampai sejam, aku stop. lepas tu sambung kerja aku yang lain. hai laaa... bila mau siap itu artwork? aku tak kira, lepas ni aku mesti settlekan semua artworks yang tertangguh. siap la kau kanvas-kanvas, kertas-kertas dan papan-papan kosong... akan aku palitkan kesemuanya nanti. peduli setan okey ke tak okey ke, yang penting aku nak semua surface tu berlukis, bercat, berwarna, berjiwa dan 'pancut' habis-habisan. dah sampai masanya aku hidupkan sketches aku yang ada dalam simpanan. drawing itu semua fikiran aku, tak lama lagi aku berikan dia perasaan dan jiwa. aku akan paparkan kesemua lukisan tu dalam blog ini kelak. itu janji aku. cantik ke tidak ke, aku tak peduli. persetankan dan permalaikatkan itu semua. aku mahu bergerak, tak mahu dormant lagi. hibernasi ini sangat memedihkan. aku dah benci. muak. jemu. menyampah. meluat. okey la aku nak stop... nanti aku tambah lagi apa yang aku nak tambah kat dalam entry ni. aku malas nak buat/bahagi perenggan. bukan korang nak baca sangat pun. bye.
Sunday, May 16, 2010
malas mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment