Saturday, November 28, 2009

The Helpless


+ Interested? Click here. \m/

neurotic/euphoria

• An alter ego/avatar of something else. Click here.

Friday, November 27, 2009

superdoom


Finally, the sludge/doom supergroup; Shrinebuilder. Bow down everyone... and take a glance at the super detail album cover down here. Super awesome! :D



Tuesday, November 17, 2009

Gnaw the earthen grave of the iron man.


+ Slow down, you're moving too fast.

Click here for more info. \m/

Tuesday, November 10, 2009

say hello to war.



Ini sangat memberangsangkan!

+ For more info: revulsionrecords.blogspot.com



* Aku akan bawa barang-barang seperti di atas ini semasa gig nanti kalau aku rasa nak bawa. Sekian terima kasih,


+ Update on November 12th, 2009: WE'RE NOT PLAYING THIS GIG DUE TO SOME PROBLEMS OCCURRED. PERHAPS NEXT TIME WHEN TIME & CONDITION PERMITS. WE WOULD LIKE TO APOLOGIZE FOR ANY INCONVENIENCE CAUSED. THANK YOU.

++ Matters have been explained to the organizer. However as a friend (aka partner in crime), I (yours truly) will still attend the gig personally to support the cause.

Friday, November 6, 2009

seize the dragon that flies...



Bila aku tengok klip video ni, aku rasa rindu kampung halaman. Panjang umur, kita jumpa lagi. :)

+ Baca selanjutnya di sini. Thanks wifey. :*

Wednesday, November 4, 2009

perang yang jahat no. 3

Ilustrasi yang dijanjikan sudah siap pagi semalam kira-kira pukul 1:30 am. Aku agak berpuas hati dengan hasilnya. Dah lama aku tak buat lukisan yang teliti macam ni... err, bagi aku ni dah boleh dikira teliti la. Makan hari punya lukisan. Biasanya aku boleh siapkan satu-satu lukisan yang bersaiz macam ni dalam satu hari saja. Tapi yang ini makan masa 10 hari. Aku guna teknik stippling (atau pun pointillism) dengan menggunakan pen teknikal Unipin saiz 0.1 mm untuk pembayang dan tona. Aku juga ada beli saiz 0.8 mm, tapi tak guna pun. Untuk lakaran kasar aku guna pensel Staedtler lumograph graphite saiz 2B.

Aku guna pen teknikal dan pensel tu sebab aku selesa, tiada sebab lain. Banyak juga aku melukis dengan pen teknikal/pensel jenis ini. Namun selalunya aku lebih selesa guna pena mata bola (ball point pen lah!). Secara jujur aku beritahu di sini, peralatan sebenarnya tidak 100% menjanjikan hasil yang memuaskan; semuanya bergantung kepada kesungguhan dan kebolehan mengendali peralatan terbabit. Bakat? Itu perkara kedua, yang boleh dikatakan sebagai hasil janaan perkara utama tadi. Maksud aku, bakat boleh dijana dengan adanya minat. Minat adalah perkara utama. Lepas ada minat baru datang usaha. Usaha pula perlu berterusan. Bila dah berterusan, baru datang kebolehan. Kebolehan membuat mahupun kemampuan mencipta. Dalam usaha mesti ada kegagalan dan kesilapan. Itu lumrah. Cuba dan cuba lagi. Aku ada buat teori aku sendiri tentang bakat, seperti mana di bawah ini:

Minat + Usaha + Kebolehan/Kemampuan = Bakat.

Tak pasti pula kalau di luar sana dah ada manusia yang dah membuat teori atau pun kesimpulan macam ni. Kalau ada baguslah, kalau tiada... bagus juga. Takde efek apa-apa pun. Haha. Sesiapa tak setuju boleh buat aduan pada ketua kampung anda, dia mungkin boleh membantu. Dan... nanti sambung okey.

*pause 2 jam.

Hmm... okey sambung. Tadi kena angkat work students masuk stor di puncak atap sana. Penat sungguh...

Haiihhh... staff meeting pulak! Tunggu sekejap ye.

*pause 1 jam.

Okey, kali ni betul-betul punya sambung. Jadi yang di atas adalah ilustrasi lengkap selepas di tambah tona dan pembayang. Kat bawah ni pulak aku hitamkan latar belakang dan putihkan garis luar setiap imej dengan menggunakan Photoshop (efek cikai je), untuk tampak lebih kontras dan lebih ‘crusty’ katanya la. Hehe. Aku padam logo kumpulan ‘Christdriver’ dari baju manusia tengkorak ini atas sebab… aaa… sebab entah aku tak tau. Okey?




Kalau anda semua perasan artwork ni sebenarnya membawa pelbagai pengaruh dari segi susunan, gaya olahan, sejarah, dan muzik...

Pengaruh-pengaruh tersebut boleh dikategorikan seperti berikut:

• Susunan = Pieta oleh Michelangelo. Lebih kurang la kan?
• Gaya olahan = Pushead dan Justin Bartlett (okey, ini dia jawapan bagi persoalan entri terdahulu)
• Sejarah = Guy Fawkes (persamaan plot pengeboman); sempena tarikh hari ini 5 November ("Remember, remember the Fifth of November, The Gunpowder Treason and Plot..."). Ada tengok ‘V for Vendetta’? Haa… macam tu la.
• Muzik = Hellkrusher dan Mob 47. Tak percaya? Sila renung ilustrasi ini sambil dengar lagu dari kedua kumpulan tersebut. Ilustrasi kulit piring hitam 7 inci kedua-dua kumpulan ini juga mempengaruhi gaya lukisan aku. Tak percaya? Pergi google sendiri.

Okay, itu saja. Sebarang pertanyaan boleh tanya aku.

Bye.