Tuesday, October 27, 2009

perang yang jahat

Lama dah tak melukis benda-benda berunsur 'punk'. Baru-baru ni kawan aku ada minta buatkan ilustrasi untuk kulit muka depan zine dia, jadi aku cadang nak bagi yang ini. Ilustrasi asal sebenarnya dah lama siap, tapi entah kenapa aku rasa tak berapa sesuai untuk kulit muka depan zine dia. Jadi, aku buat yang ini. Status ilustrasi ni masih lagi dalam proses pembikinan, maka dengan ini aku harap tuan empunya badan dapat bersabar. Aku akan kemaskini progres ilustrasi ni dari masa ke semasa. Dua imej di bawah adalah transformasi lakaran pensel ke olahan garisan menggunakan pen teknikal. Mungkin nanti akan diolah serba sedikit dengan photoshop bagi kemasan terakhir. Mungkin...


Lakaran pensel

Olahan pen teknikal


*Ya, aku tau bahasa Melayu aku agak kaku. Sekian terima kasih.

No comments: