Wednesday, January 26, 2011

A vicious cycle.

+ Pic taken from: davidgaines.com


Amaran:
Entri ini mengandungi fakta loya dan sadis. Harap bersedia.


Bayangkan dalam keadaan urgent tiba-tiba lu nak buang air besar. Masa lu bergegas masuk tandas, lu dapati ada sisa buangan manusia masih terapung dalam mangkuk tandas aka tidak ber-flush? Tandas kat opis lu ada tiga tapi satu je boleh guna, yang lain rosak. Nak tak nak lu kena guna tandas yang satu tu jugak. Lu yang sememangnya tak sanggup nak campur lu punya sisa buangan dengan sisa buangan manusia lain terus flush tanpa berfikir panjang. Dengan senang hati lu teruskan aktiviti pembuangan yang tergendala tadi. Tak sampai seminit lu dah settle sebab lu dah tahan agak lama; ia keluar sekali gus tanpa sekatan. Then lu dapati air dalam takungan flush tak cukup untuk menenggelamkan/melenyapkan sisa buangan lu sebab lu dah guna air takungan untuk menenggelamkan/melenyapkan sisa buang manusia lain sebentar tadi. Lu tetap flush, namun nyata air tak cukup. Dan bahan buangan lu masih terapung seperti mana sisa buangan manusia yang sebelumnya. Nak tunggu air takungan penuh semula pula akan mengambil masa yang sememangnya suntuk buat lu. Tanpa ragu lu terus keluar tandas bagi menyelesaikan perkara urgent yang tertangguh tadi. Then tiba-tiba mamat sebelah meja lu pulak nak ke tandas dalam keadaan urgent.

Diulang, tandas kat opis lu ada tiga tapi satu je boleh guna, yang lain rosak.

:)

No comments: