Pernah hadapi masalah kurang penumpuan terhadap perkara yang sedang dilakukan? Kebelakangan ini aku dapat mengenal pasti bahawa aku kurang memberikan tumpuan terhadap pembacaan.
Sering sahaja aku membaca separuh jalan dan acapkali juga aku menerawang ke ruang lain semasa di tengah² aktiviti pembacaan. Dan sering juga aku membaca berulang-ulang perenggan² serta bait² perkataan yang aku rasa aku tidak memberikan penumpuan jitu sebelumnya. Mungkin otak aku semakin sarat dipenuhi data² yang kurang tersusun dan sedikit berkecamuk. Aku juga sering membayangkan imej² yang mungkin dapat menerangkan kenyataan² yang tertulis pada bahan bacaan yang dibaca. Selalu juga aku membuat kesimpulan sendiri dan memproses maklumat dipertengahan pembacaan tanpa terfikir untuk menghabiskan pembacaan terlebih dahulu. Malah aku seakan senang berkonflik di antara peperangan imaginasi dan sumber bacaan yang diperolehi.
Hasilnya aku akan membaca separuh jalan; kurang berminat utuk menghabiskan pembacaan.
Dulu, aku senang membaca fakta² berkaitan sejarah seperti kronologi, autobiografi dan yang seangkatan dengannya. Namun kini aku dapati aku lebih senang membaca omong² kosong membunuh masa yang meniti di bibir setiap orang yang aku temui.
Media cetak membentuk semacam budaya; mengeluar, mengedar dan kemudian menemui pembaca yang ingin membaca.
Kebelakangan ini juga aku seakan ketagih membeli bahan bacaan tidak kira apa saja bentuknya. Sebut sahaja dari bacaan remaja urban masa kini hinggalah kepada bacaan yang tertumpu kepada permasalahan rumah tangga ataupun perihal wanita² se-Malaysia. Tapi tetap tidak semua aku habis baca. Aku lebih gemar berimaginasi daripada menyuap terus fakta² yang diharapkan dapat terus disogok masuk kepada sang pembeli... macam aku.
Aku tak pasti sama ada ini elok untuk minda aku ataupun tidak. Cuma aku agak senang dengan imaginasi² yang aku cipta selari dengan pembacaan. Terkadang imaginasi aku tersasar jauh dari makna perkataan tertera. Dan aku gagahi semula mencari di mana aku tergelincir sebentar tadi. Selalu juga aku terpaksa membaca berulang kali dari mula perenggan hingga ke kawasan gelinciran supaya aku tak tersasar lagi maksud sebenar apa yang
Sahih... aku sekarang bergelar 'slow-reader' bagi para cendikiawan. Bagus juga... daripada menjadi 'fast-reader' yang mudah² saja diperkotak-katikkan.
Tammat.
No comments:
Post a Comment