Monday, March 5, 2007
Sunday, March 4, 2007
Otaku!

OTAKU - Obsesi Manga & Anime
Oleh: Zaxx. Majalah: STARZ. Isu: 15. Keluaran: 15/02/2005
*Gila la... ada orang scan artikel aku ni. Nostalgia oh nostalgia. Tapi kolum ini sebenarnya berwarna. Apa² pun, terima kasih kepada tuan punya laman web; http://www.puteranime.com/gempakstarz.htm. Banyak lagi artikel kawan² penulis Starz yang dia scan. Best betul. Ganbatte!
Saturday, March 3, 2007
Black Metal, darah, susu, punk dan mukjizat...
Black Metal ganti darah dengan susu
KUALA LUMPUR: Black Metal minum susu kambing sebagai ritual terkini menggantikan darah kambing. Di samping menyihatkan badan, anggota ritual dapat meningkatkan produktiviti penternakan kambing di Malaysia amnya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Laporan diterima memberitahu sekumpulan gembala kambing sekitar Lembah Kelang ketika ini terdiri daripada pengamal ritual Black Metal. Ini sedikit sebanyak membangkitkan kebimbangan para penduduk kerana terdapat segelintir pengembala sering merayau memikul kambing peliharaan sambil mendengar lagu-lagu bingit dan bising, namun tidak kedengaran butir perkataan yang dinyanyikan.
Ketua Black Metal bahagian Sabak Bernam, Ali bin Abu (bukan nama sebenar) yang kini pengembala kambing telah membuat kenyataan berbangkit perkara ini, "saya tidak tahu menahu. Kambing saya ini Tok Wan saya yang bagi. Dia dah malas nak jaga sebab sekarang ini dia sibuk main bursa saham. Betul saya tak tahu langsung trend terbaru ini".
Beliau juga ada mengulas bahawa dia sedikit kesal kerana tidak semena-mena dikaitkan dengan anasir tidak bermoral ini. "Cis, bedebah!", tambah beliau seraya menumbuk dinding kedai runcit ketika ditemui kelmarin.

Tidak sedikit pun riak di wajahnya mempamerkan kebanggaan apabila dikatakan sebagai pencetus trend terbaru di kalangan penganut-penganut Black Metal kebelakangan ini. "Aku tak bangga langsunglah. Lain la kalau aku dapat pingat emas dalam acara skuasy kalahkan Nicole David... itu baru aku boleh bangga", ujarnya menahan nafas amarah.
"Punk ada mukjizat... anda terlibat sama?", soal wartawan Harian Methrock kepadanya menghangatkan suasana. "Kau nak mampus ke apa?! Aku mana tau... aku bela kambing je... mukjizat aku tak jaga!", balas Ali bin Abu sambil menyinsing lengan baju ke paras bahu sambil mendesis seperti ular.
Soal siasat ini tidak menemui sebarang bukti kukuh namun telah menerbitkan bibit-bibit cinta pandang pertama antara wartawan dengan suspek. Mereka kini selamat berkahwin dan meneruskan aktiviti mengembala kambing bersama, nyata ritual minum susu hatta menghirup darah kambing tidak pernah kelihatan di sepanjang hubungan kelamin mereka. Apatah lagi mukjizat yang diperkatakan itu.
"Kami bahagia. Kambing pun sihat. Tak lama lagi kami akan menimang cahaya mata pertama", ujar mereka serentak sambil beraksi moonwalk yang dicipta oleh Michael Jackson pada tahun 1983.
Rujukan laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/Moonwalk_%28dance%29
Oleh Normah binti Samad

KEJAM...namun begitu Ali bin Abu tiada dalam gambar ini.

Friday, March 2, 2007
Thursday, March 1, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)